SAJAK DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati
Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tidak pernah langsai
Untuk tatapan kalian:
Dalam rangkap pertama sajak ini, penyajak cuba menggambarkan
perbezaan yang ketara sebaik sahaja seseorang melangkah ke dalam ruang
perpustakaan, iaitu daripada "kehangatan merata" kepada "kedinginan
yang menerpa". Penyajak melanjutkan gambaran suasana perpustakaan yang
"terlalu hening". Ringkasnya, suasana hiruk-pikuk di luar berubah
kepada suasana tenang tenteram di perpustakaan.
Rangkap kedua pula penyajak menggambarkan diri penyajak iaitu "aku" sebagai pengguna buku di perpustakaan.
Aku" yang maju ke ruang buku berasa begitu kerdil justeru "terapung di laut ilmu". Buku yang diibaratkan sebagai khazanah ilmu yang melaut luasnya menyedarkan "aku" bahawa dirinya tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan ilmu yang terdapat dalam perpustakaan tersebut serta beliau merasakan perpustakaan juga disifatkan sebagai warisan peradaban manusia sejak sekian lama.
Rangkap ketiga merumuskan kedudukan "aku" di perpustakaan sebagai seorang "pelayar yang dahaga" serta proses pencarian ilmu tidak pernah menemui noktahnya.

Sajak ini amat menarik dan patut dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan sebagai pelajar.