SSELAMAT DATANG KE GERBANG MAKLUMAT

Wednesday, June 20, 2012


Remaja dipelawa tulis esei hak sebagai rakyat


2012/06/21

DR MAHATHIR, Presiden dan Pengurus Besar Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kanan) dan Nik Mohamed  pada pelancaran pertandingan di Kuala Lumpur, semalam.
DR MAHATHIR, Presiden dan Pengurus Besar Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kanan) dan Nik Mohamed pada pelancaran pertandingan di Kuala Lumpur, semalam.
PUTRAJAYA: Golongan muda Malaysia dalam lingkungan usia 13 hingga 25 tahun dipelawa menulis esei dan blogspot mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara pada Pertandingan Esei Yayasan Maybank-Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) 2012. 

Pengarah Eksekutif YKP, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob, berkata pertandingan yang dianjurkan dua tahun sekali sejak 2006 adalah bagi membolehkan suara dan pandangan belia didengar, khususnya bagaimana penduduk dapat menjamin masa depan yang makmur dan cerah untuk negara.
Beliau berucap pada pelancaran pertandingan itu oleh bekas perdana menteri dan Presiden Kehormat YKP Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, semalam.
Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu: Kategori A untuk mereka berusia 13 hingga 17 tahun dan Kategori B antara 18 hingga 25 tahun, dengan tema ‘Membentuk Negara: Hak dan Tanggungjawab kita sebagai Warga.’
Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu: Kategori A untuk mereka berusia 13 hingga 17 tahun dan Kategori B antara 18 hingga 25 tahun, dengan tema ‘Membentuk Negara: Hak dan Tanggungjawab kita sebagai Warga.’

Peserta boleh menulis sama ada dalam format esei atau blogspot dalam bahasa Melayu atau Inggeris, namun mereka digalakkan menulis dalam Inggeris. 

Pertandingan berlangsung mulai semalam hingga 30 Oktober. 

Pemenang hadiah utama pertandingan berpeluang menerima wang tunai RM8,000, sebuah iPad 2 dan E-Book Reader serta baucar buku. 
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh diperoleh melalui laman web di http://perdanaessaycompetition.com.my atau telefon 03-8885 8900 atau e-mel essay2012@perdana.org.my – BERNAMA

Thursday, May 10, 2012

SAJAK DI PERPUSTAKAAN

 
 
 SAJAK DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati
 
Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
 
Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak  berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tidak pernah langsai
 
Untuk tatapan kalian:
 
Dalam rangkap pertama sajak ini, penyajak cuba menggambarkan perbezaan yang ketara sebaik sahaja seseorang melangkah ke dalam ruang perpustakaan, iaitu daripada "kehangatan merata" kepada "kedinginan yang menerpa". Penyajak melanjutkan gambaran suasana perpustakaan yang "terlalu hening". Ringkasnya, suasana hiruk-pikuk di luar berubah kepada suasana tenang tenteram di perpustakaan.

Rangkap kedua pula penyajak menggambarkan diri penyajak iaitu "aku" sebagai pengguna buku di perpustakaan.

Aku" yang maju ke ruang buku berasa begitu kerdil justeru "terapung di laut ilmu". Buku yang diibaratkan sebagai khazanah ilmu yang melaut luasnya menyedarkan "aku" bahawa dirinya tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan ilmu yang terdapat dalam perpustakaan tersebut serta beliau merasakan perpustakaan juga disifatkan sebagai warisan peradaban manusia sejak sekian lama.

Rangkap ketiga merumuskan kedudukan "aku" di perpustakaan sebagai seorang "pelayar yang dahaga" serta proses pencarian ilmu tidak pernah menemui noktahnya. 

Sajak ini amat menarik dan patut dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan sebagai pelajar.